Pages

Thursday 27 September 2012

Oh my iqi..!

Hari ni satu kejadian telah berlaku..
akibat dari kelasakan yang terlampau oleh Airil Rafiqi..
biasalah anak tengah nak membesar..macam-macam benda dia nak cuba buat..
Aktif,
taknak duduk diam..
lari sana..lari sini..
panjat sana..panjat sini...
Pangggggg!!
Terhantuk kepala kat bucu (??) pintu..

contoh bucu pintu..lokasi kejadian berbeza...
 



tunggu masa nak meraung makan ubat..
Tak pasal-pasal...
dah luka kat dahi..nasib doctor tak jahit..kena gam je..
dan nasib baik masih kacak lagi..^_^
cuma nanti ada parut jela..
sian anak ibu..T_T

UPDATE
29.9.12

gembira-sebelum jumpa doctor

selepas jumpa doctor...muka lepas nangis..hee



Monday 24 September 2012

Hi SEOUL : 01

Hello mellow yellow uolls..
Annyeonghaseyo!
ahh..lambat betul aku nak story pasal trip ke korea aku kan..letih macam tak hilang lagi ni, padahal pergi 5 hari jek..huhu ok, malas aku nak intro panjang-panjang sangat..secara keseluruhannya.aku suka bangat la trip korea aku ni..tapi macam yang aku dah bagitahu, aku sedih sangat tak dapat ke Namsan Tower...yela,aku memang dah bajet nak posing sakan kat pokok padlock tu...tapi tidak kesampaian..ini semua disebabkan ketidakpercayaan aku terhadap forecast yang aku post aritu...sob sob sob err..bukan tak percaya..Cuma tak amek port,duk Malaysia mana pernah nak kesah ramalan kaji cuaca ni kan...hee Tapi alhamdulillah, hari-hari yang lain cerah...cuba bayangkan kalau sepanjang aku kat sana ribut taufan? Tak ke aku kena melepak kat hostel jek...T_T Kalau ikut itenerary aku, semua berjaya aku follow,seperti yang dirancangkan..kecuali bab Namsan Tower tu... ini seperti harus ke korea lagi jek..^_^ inshaallah!

Dan aku nak ucapkan Thanks kat rina, reynalaluna.blogspot.com *.................*sebab dia telah memudahkan aku menyusun itenerary aku...dia pergi bulan 5 aritu,dalam 10 hari kot,so memang banyak tempat dia cover..aku just copy n paste je tempat-tempat yang aku berkenenan..hee tapi before tu,aku dah googling jugak tempat-tempat yang menarik dan juga TQ blogger-blogger lain yang memberikan@menulis pengalaman beserta maklumat-maklumat terperinci,senang hidup aku..just blogwalking okeh...

DAY 01
4.00am..Pagi lagi aku dah bangun,lepas siap-siap kan diri sendiri, siap-siapkan iqi & barang-barang dia..nak hantar dia kat rumah MIL..mak mertua aku yang tolong jaga iqi,TQ mak..hee aku ke south korea ni berempat, dengan sir, abang ipar dan adik ipar..memang dah plan nak turun naik subway/lrt..jadi anak kecil memang tak boleh ikut..sorry iqi,nanti ibu bawa g jalan-jalan eh..hee Lepas dah check semua barang + dokumen penting dah ada, aku gerak g rumah mil,dekat je..10minit je kot..iqi masa ni dah bangun dan segar lagi tu..hmm..memang dah dapat dijangka lah apa yang akan terjadi..huhu iqi memang men-cembeng masa kitorang nak gerak tu..nangis siap panggil..aba..aba..abu...abu...sian iqi...--_--

Dengan hati kering,kitorang gerak ke puchong,rumah parents aku,sebab nak suruh ayah aku hantar g LCCT..yela,pagi-pagi buta tu bukan ada bas ke LCCT kan.. *ke ada sebenarnya?* Thanks Ayah,jasamu dikenang..hee Sampai Lcct,kami bersolat subuh dulu,sebelum check-in..semua dokumen check-in aku dah siap-siap print..just tinggal nak drop luggage je..Flight aku berlepas jam 9.00am..Sepanjang perjalanan semuanya baik-baik sahaja...aku tak boleh nak lelap sangat,sebab excited kot..hahah amoi duk sebelah pasang ‘Fashion King’ kat tab dia..aku tumpang tengok skali la..walaupun tak faham...haahahah aku tau tu fashion king sebab aku nampak ada Yoo Ah-In...awww..so cute dia tu!

Dalam pukul 3.30pm waktu malaysia aku selamat sampai Incheon International airport..waktu korea,awal sejam..so aku arrived kul 4.30pm..Incheon airport ni punyalah besar dan canggih..nak gi amek bag pun punyalah jauh,siap naik tren lagi..hee konsep trip aku kali ni,ialah separa backpacking..hee yela..sebab still ada bawak bag trolley lagi..ini semua kerana masih ada lagi niat-niat untuk menyopping..gituwwww..


backpacking..tapi bag trolley harus bawak..hee


First thing yang kitorang buat bila dah keluar pintu ketibaan tu ialah menopup kad T-money yang aku dah pinjam dari dak rina tu..fungsi kad ni,sama macam kad touch n go je..boleh guna untuk naik subway dan bas.  kalau rasa nak buat souveneir,boleh je beli kad T-money tu...bukan mahal pun..beli kat dalam airport, ada mart yang macam 7E tu..G25 mart namanya..harga kad T-money kosong, 2500won...tapi disebabkan aku dah ada,aku just top-up 20,000won dulu...nanti kalau tak cukup,boleh top-up di mana-mana mart yang ada..kat stesen subway pun ada je mesin top-up..sangat mudah...

berselirat

Dah setel hal top-up,terus ke stesen subway...wohoo,bukan dekat tau..kena menapak lagi..haih..bilalah kan nak sampai seoul ni..hahan dah sampai stetsen subway, bukak map subway.. map ni aku study sebelum pergi, berselirat, tapi lama-lama senang je rasa..aku stay dekat Korea Central Backpackers, naik subway turun dekat stesen Hyehwa.KCB ni dekat je ngan subway,jalan kaki dalam 2-3 minit la....tapi,kalau dari airport kena transfer dekat station Seoul...dah berhenti kat stesen seoul tu,dari airport line nak ke Line 4, bukannya dekat..menapak lagi...haih..tangga dia dah la ala-ala batu caves,tinggi kot..duduk sebulan kat seoul ni boleh tinggal rangka aku...hee

at seoul sttion

yeay..air pisang@ banana uyu (milk)...dapat gak aku minum..1200won

Direction ke KCB:

*boleh add FB Korea Central Backpackers @ website KCB untuk info lanjut*

Aku estimate sampai kat hostel pukul 6.30pm..tapi tersasar ke jam 8.00pm..uish,jauh jugak kan dari airport nak ke bandar...kat  KCB ni aku sewa bilik katil 6 (doubledecker), tapi made as private room...maksudnya, bilik yang katil 6,tapi kitorang duduk bermpat je....satu malam, 20,000won.. lebih kurang dalam rm55/n.. untuk seorang tau harga ni..book tru HostelWorld...tapi,harga yang aku dapat ni,special kes je tau,sebab ada kejadian berlaku..hee kalau tak mahal sikit lagi la..Owner dia Yong, sangat baik hati dan banyak membantu kitorang... cuma,masa aku duk sibuk balas membalas email dengan yong,aku duk expect mamat ni ramah tamah..tapi sebenarnya tidak uolls...sepatah aku tanya,sepatah dia jawab..hee Pemalu orangnya...=)
Apapepun, aku suka la hostel ni.. recommended...lagi pun senang nak g dongdaemun ngan myeongdong..sebab line subway yang sama.. tak payah transfer-transfer... dan yang penting MURAH.. tak gituw..hee



DONGDAEMUN MARKET + CHEONGGYE STREAM
Lepas dah setel urusan check-in letak je barang terus kitorang keluar...taknak membazir masa kan..haha jadi kitorang ke Dongdaemun Market.. satu stesen je dari hyehwa... senangkan.. lagi satu masa aku nak book hostel ni,aku ada terbaca review cakap kalau nak balik lambat, kot-kot subway dah tutup, boleh je jalan kaki dari dongdaemun tu.. dalam setengah jam kot.. tapi aku takde la balik malam sangat.. sebelum 12pm aku balik.. letih woo... oh, aku just nak bagitahu... kalau malam-malam nak ke Dongdaemun tu, night market dia area depan Dotta tu tau..yela,sebab aku dah tersesat barat, jalan kaki sampai ke Gwangjangmarket..tak ke jauh gilos tu..rupanya dekat depan dotta tu...

Direction ke Dongdaemun Night Market:
  • line 1@4 - Dongdaemun station. Exit 8. lepas tu jalan ke arah Dotta mall.

Ni untuk kalau nak g malam,kalau siang,nak ke Dongdaemun Market..ini directionnya:
  • line 1@4 - Dongdaemun station. Exit 9.


nearby KCB

nearby KCB

nampak tu coffin gurunaru,belok kiri beberapa tapak (bertapak-tapak sbnrnya) dah smpai KCB...seberang jalan tu,ada KFC n Starbucks..



Dongdaemun



cheongye stream - Naragyo Bridge (12)

cheongye stream - Majeongyo Bridge (11)









Nak pergi ke arah Dotta tu,lalulah kat jambatan Cheongye Stream,memang termasuk dalam itenerary aku nak melepak di Cheongye Stream..tapi bila sampai..macam takda apa yang menarik pun..terus kitorang kansel...jalan jela ke Night Market tu..mukin zaman-zaman bercengkerama dah tamat kan..hee takda masa nak beromantika kat korea ni..kalau g honeymoon,mungkin syok jugak jalan-jalan tepi sungai ni...

Dah habis mencuci mata *sebab tak beli pape pun*.. terus balik la ke KCB.. masa nak balik aku naik subway kat stesen Dongdaemun cultural & history park..kira macam tak payah la nak berpatah balik ke stesen Dongdaemun tadi....
Lepas dah turun hyehwa tu,otw ke hostel, singgah sebentar kat G25-mart, beli nasi segera.. boleh panas dalam microwave je..harga dalam 1200w-2000w..
Cashier dalam mart ni,pelik kot tengok aku n muni,(sister in law) pakai tudung..dia cakap..
”Saudi..?”
aku: ‘no..malaysia..’
Sambil tangan dia tunjuk-tunjuk tudung..
Aku cakap..’muslim..”
Dia,“er…hots..hots…”
Aku, ‘~~~~~~~~’ *lempang nak??*

Lepas tu nasi tadi boleh la makan dengan lauk pauk segera yang di bawak dari KL...nyum..nyumm..sedap saja..walaupun nasi dia rasa macam pulut-pulut sikit, dan aku bukan penggemar pulut, tapi bedal ajalah..dah lapar..hee


instant rice +serunding
dan lauk pauk nya..hee alif ni,rasa dia boleh la tahan...



Dah kenyang,apa lagi..Tidurlah...zZZz

Wednesday 19 September 2012

TYPHOON SANBA @ SEOUL

17 SEPT 2012



Taufan melanda korea..
nampaknya ramalammu benar belaka...dan..
aku sangat KECIWA sebab aku tak dapat ke Namsan Tower...uwaaaaaaaaa...hujan tak berhenti dari pagi membawa ke malam...angin yang super kuat, bernasib baik tidak menerbang dan melayang-layangkan aku yang 43kg ni...
T_T

Thursday 13 September 2012

WEATHER FORECAST : SEOUL


Nampak tak??
Mendung berarak kelabu je forecast ni...siap ada tropical storm bagai  lagi...isk..isk..isk...
Tak dapat la nak bergaya ala retis K-POP! *pffft*
Harap-harap ramalanmu tidak benar belaka...
eh, lupa nak cakap...

ANNYEONGHASEYO!! ^_^

Tuesday 11 September 2012

yeay..L E G O L A N D voucher


Hi semua..
Aku tengah serabut nak  packing barang ni…hee *jangan mare*  tapi..tapi..tapi…
Aku bukanlah nak pergi legoland dalam masa terdekat ni, hee cuma last week masa balik ‘kampung’..adik aku bagi pamplet dari Popular bookstore..yang mana pamplet tu adalah voucher diskaun 30% untuk tiket LEGOLAND…yahuu..




So sepantas mungkin, aku search website legoland, nak tau la info+ harga tiket semua…harga tiket adalah seperti berikut:
  • Untuk umur 12-59 tahun, harga tiker adalah RM140.
  • Untuk  umur 3-11 tahun harga tiket RM110.
  • Untuk 60+ pun harga tiket RM110.
untuk annual pass,boleh refer sini


Kalau diskaun 30%,harga tiket jadi rm98..wow..best..best…hee aku ada dengar cerita, kat Matta Fair baru-baru ni,harga tiket Legoland pun below rm100..tapi tak tau la berapa kan..rm90 ke..80 ke…Tapi,ramai kawan-kawan aku beli annual pass..boleh masuk banyak kali katanya..tapi aku yang sekali sekala je ke Johor,rasa membazir lak beli annual pass kan..lain la ada Pak metua ke kat sana, kakak ke adik ke…uish,kos semua tu nak ke Johor saja-saja..kalau ada rumah untuk menumpang kasih ok jugak kan..hee *kedek*

Legoland akan buka secara rasminya pada 15.9.12..minggu ni la tu kan.. Lokasi Legoland Malaysia ini terletak di Iskandar Malaysia, Nusajaya Johor darul takzim.Dengar cerita Lokasi Legoland Malaysia ini di bina dengan kos RM720 juta ringgit. Tak ke GILER MAHAL tuh…jom..jom uolls semua…kita berangkat ke Johor..tak perlu passport pun..dah jimat disitu..akan aku pergi juga dalam tahun ni...lagi pun vocher ni expired end of this year....

Wednesday 5 September 2012