Pages

Tuesday 18 June 2013

BEIJING - ep.03

Lepas dah minum teh..naik je bas Lisa cakap nak bawak ke tempat Foot Massage@ Herbal Medicine Centre...pastu dia cakap foot massage ni free je..haa..suka la semua orang..tapi,aku sebelum pergi dah banyak jugak godek blog..ramai dah bagi tau,memula datang orang urut-urut,lepas tu datang la tabib pulak..konon-konon nak periksa kesihatan...lepas tu diorang jual ubat la apa lagi..hee tapi aku diam kan je,tak bagitau la mak ngan makcik-makcik aku..Cuma aku dah cakap,jangan percaya sangat kalau diorang jual ubat..hee

herbal medicine centre

ni la rupa bas kitorang..macam van je kan..hehe

Seperti yang dijangkakan,memang itulah yang berlaku...sebelum urut kaki tu,dah diberitahu..ibu mengandung tak boleh urut,sebab ubat yang rendam kaki tu tak sesuai untuk ibu mengandung..jadi aku ngan iqi lepak kat sofa belakang...macam observer pulak..memerhati keadaan sekeliling..hehe  bila masuk je bilik,kitorang diberi penerangan tentang urat saraf oleh wakil syarikat tu..dia fasih berbahasa melayu indon..lepas tu datang sekumpulan anak muda..letak besen ada air ubat dalamnya..semua pun rendam kaki,lepas tu start urut-urut...kalau ikut kata laki aku,tak rasa apa pun dia urut..macam picit sikit-sikit je...selang beberapa minit..datang la tabib pulak,nak periksa kesihatan..bukan sorang tau..setiap sorang dapat sorang tabib..haha aku tengok,memula dia pegang tangan..lepas tu,macam-macam jenis penyakit la dia bagi tau,kata ada penyakit jantung la..buah pinggang la..aku dengar je..kebetulan maklong aku duduk sebelah aku...aku senyum-senyum je dengar..hehe yang paling tak tahan,kelakar ngan 18sx sikit eh...sir cakap..tabib tu tanya dia dah kawen ke belum..dia cakap dah...lepas tu tabib tu  cakap sir ada penyakit kelamin,dia cakap laki aku tak power..susah nak dapat anak nanti...kah kah kah..sir tunjuk aku kat belakang,tengah mengandung dan ada anak sorang..hohoho...haaa..kan tabib tu dah malu sendiri....porahhh..



haha..maklong dengar je..percaya jangan..

Tapi macam mana pun,ada jugak yang terkena...kawan mak aku,cik shida ni memang mudah terpegaruh pasal ubat-ubatan ni..sebab dia seorang yang sangat menjaga kesihatan dan juga sangat menjaga pemakanan...bila tabib cakap dia selalu lemah dan tidak bermaya..cik shida cakap betul laaa apa yang tabib tu cakap..mula la tabib tu ‘jual ubat’..ajak cik shida g satu bilik rawatan..nak buat ‘chi’,sejenis kaedah orang cina mengubati penyakit.. kitorang yang dah sudah  urut-urut semua tunggu kat luar...tapi cik shida punya la lama kat dalam tu...sekali dia keluar,bawak la seplastik ubat...lepas tu cakap kena bayar 4000yuan..oh mak kau..punya la mahal..dekat RM2k tuuu..giler laaaa....semua pun terkejut beruk,tapi buat diam jela...kalau mak aku yang kena tu..mau berjela-jela aku membebel..tapi kesian jugak cik shida ni..cane dia boleh percaya sangat,aku pun tatau.. bagi aku,mungkin yang ‘chi’ tu betul,sebab aku pun pernah dengar kaedah berubat ‘chi’..tapi harga yang dia bayar tu mungkin tak betul..mahal sangat....ish..ish...

bila tabib-tabib sume dah keluar..yg tukang urut ni mintak tips pulak...bijak..bijak..


iqi dah takde mood....nak bumbum (tdo)...sian..
Dah habis tu,terus kitorang ke tempat pertunjukkan acrobatic..haa..yang ni menarik la jugak..sebab takde paksaan beli barang atau ubat..hehe dapat la rilex kejap sambil tengok aksi-aksi acrobatic..tapi masa kitorang sampai,pertunjukkan dah start dalam 10 minit camtu..jalan jem,orang balik kerja time tu..aksi acrobatic macam biasa jela,lentuk-lentuk badan...15 orang naik satu basikal...lompat-lompat dalam gelung..heh itu jela kot..adik aku sempat snap beberapa keping gambar sebelum kena tegur dengan orang yang jaga kat situ..huhu



Lepas tamat pertunjukkan acrobatic,kitorang terus g makan malam...tapi tak malam pun lagi..dalam pukul 6.30pm camtu....restoren ni besar sikit dari tempat lunch tadi..masuk je dalam..penuh orang melayu kita..kira orang malaysia la..hehe kitorang just senyum-senyum jela...nak tegur malu....haha






Lepas makan, masing-masing pun dah letih...terus balik hotel... tapi aku rasa macam awal je lagi..baru kul 7.30 kottt nak balik bilik dah..dah la area hotel takde tempat menarik nak jalan-jalan...kalau kat seoul dulu,selagi tak pukul 11pm,tak balik la ke hostel..berjalan sakan..heheh itu lah beza g travel sendiri-sendiri ngan ikut tour kan...ok dah..to be cntd...

Friday 7 June 2013

'JPO'

On the way nak balik KL aritu dari Skudai (isnin-27.5.13),aku sempat la singgah JPO..ini kali kedua aku g JPO..takde la niat nak menyopping pun..saje singgah..tapi kot-kot ada yang murah nak jugak aku beli...huhu
Tapi aku ada juga niat nak cari Handbag..macam dah lama tak beli handbag..errrkkk..yeke?? ye kot..sebab asyik beli tiket flight je..hik hik

gambar sumber en.google image


kerlass ko jah..masuk MK...haha

Aku merayau-rayau seorang diri jek..Iqi abah dia jaga..hik hik.tapi nanti tak cukup duit cari abah balik..haha Aku g usha la bag kat Coach..mak aih..kemahin mahal bag-bag dia..harga sebelum diskaun adalah rm2k..pengsan aku...tapi ada diskaun 40%..lepas diskaun dapat rm1200..lepas tu untuk hari yang aku datang tu,ada extra 20%..so dapat dalam rm960..pehh...still pengsan aku dengar..hahah tak merasa hakak nak pakai COACH...hahahah,gelakkan diri sendiri...*malu* bukan apa..aku selalu  je usha online..harga jauh lagi murah dow..betul ni..tak tipu...yang Online ni direct from US kan..tapi kena pandai tengok,takut kena tipu pulak...kang elok bayar harga ori..dapat yang fake...tak ke menangis tak berlagu...sobsss

Jadi aku pusing-pusing jela...tengok sandal kat Clarks...ok juga harganya..ingat nak beli,tapi cari laki aku dulu..nak tengok dia berkenan ke tak....*dah jadi tabiat,nak beli pape kena tunjuk sir dulu..kadang tu,dia tak berkenan,tapi hati aku berkenan,aku beli jugak* dalam pada nak carik dia tu,singgah butik Carlo Rino...Awww...murah-murah handbags uolls...starting harga dalam rm150 je,sebab ada less 50%, 70% pun ada..cantik pun cantik...semua bag yang menarik mata aku,aku suruh SA tu turunkan...tapi,seperti biasa ADVISOR aku hilang tah kemana..hee last-last aku keluar je,aku cakap nanti aku datang balik..mesti menyirap akak SA tu..kui kui Dalam nak mencarik sir tu,singgah pulak GUESS...nampak handbag ni..takde la cantik mana pun..tapi sedang elok Muni ngan Makngah ada dalam tu, aku just tanya ok ke tak..diorang macam diam..pastu cakap OK...dan dan terus aku g bayar..aik...ni tak dapat perkenan Yang Berhormat en.Advisor lagi pun selamba aku beli..kang sir cakap tak cantik..nanges aku...uwaaaa



Nasib Sir cakap OK..haha lega hati aku...aku ingat nak patah balik g beli sandal Clarks tu..hati meronta-ronta nak beli jugak tu..tapi sir suh aku beli Scholl je..sebab ngah preggy ni, Scholl lagi selesa katanya...yeke?? tapi yang sandal aku nak beli ni memang tapak dia nipis..kalau scholl tapak dia tebal sikit..jadi oklah...i ikut ajek kata laki i...kat KL jela carik Scholl..lepas dah penat pusing masuk butik-butik yang hanya mampu aku mencuci mata je, kitorang makan la kat food court...dulu masa aku datang,food court ni takde lagi..sekarang dah upgrade...Surau pun ada..

korean food..tp aku lupa nama dia...

poyo sangat pakai chopstick..slalu kampungan je,pakai tangan..hehe
Habis makan,terus balik KL..
Errr...nak tengok ke bag Guess ahkak beli...?? jangan gelak okeh....*malu lagi*
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
TADAAAAA!!






TATA!

Thursday 6 June 2013

BEIJING - ep.02

01.05.2013

Hari ke-2 aku di Beijing.
Awal pagi lagi aku dah bangun..standard la kalu g bercuti,kena bangun awal kan..lagi Subuh kat sini jam 4.30am tau…giler awal…kalau bangun kul 6am tu kira dah Subuh gajah la..hehe
Lepas dah siap semua,kitorang turu nak sarap kat cafĂ© hotel..tapi,sarapan yang ada amat mengecewakan aku..haha memang tak best langsung…nasib baik diorang ada sediakan roti + jem..boleh jugak aku telan…yang lain-lain,boleh kembang tekak iolls..nasib jugak mak aku ada bawak sambal ikan bilis…sedap jugak makan dengan roti..boleh la alas perut pagi-pagi.


sarap dulu..


Ms.Lisa
Tempat pertama lawatan kitorang harini ialah Tiananmen Square…dalam bas Lisa dah terangkan serba sedikit sejarah Tiananmen Square ni..tapi aku ni,masuk telinga kanan keluar telinga kiri…aku lagi teruja observe persekitaran ngan bangunan-bangunan yang ada…hee bila sampai je Tiananmen Square tu,Ya Allah…punyalah ramai orang…tapi semua orang cina..warga China yang datang dari seluruh pelusuk China..sebabnya hari yang aku datang tu,cuti hari pekerja…demm…menyesal pilih tarikh cuti umum…lagi satu Lisa cakap,kat China,cuti hari pekerja ialah 3hari okeh…sobs


Lisa's golden hand..hehe


ramai kan...fuh..kalau terjatuh ni..mau kena pijak..


rakyat china dari seluruh negeri china

tiananmen squrae

Berdekatan Tiananmen Square ni, ada Mao Zedong Mausoleum...Siapa pulak beliau ini kan?? heh dia ialah pemimpin besar dan juga pengasas Parti Komunis di China..dan rakyat China sangat mengangumi beliau ini..
Bak kata Lisa,seperti setiap rakyat China harus sekali dalam seumur hidup melawat kubur Mao Zedong ni..sebab tu bila ada hari cuti umum,rakyat china dari seluruh pelusuk negeri datang ke Beijing untuk melawat kubur Mao Zedong ni....Lisa cakap lagi,kalau datang pukul 9am,beratur nak masuk mausoleum ni,kurang-kurang pukul 3pm kang baru dapat masuk...ayoyo...giler kan..tapi serius,memang panjang giler beraturnya...

Kemudian kami bergerak ke Forbidden City…dekat je,jalan kaki je dari Tiananmen Square tu..tapi dengan keadaan sesak dan ramai orang memang merimaskan..
Forbidden city ni dulunya ialah kompleks Istana Maharaja,lebih kurang 500 tahun yang dulu…sekarang ni,china mana ada dah raja-raja ni…tapi dulu zaman dinasti-dinasti tu,diorang la paling hebat kan…kesian..pupus macam tu je...at least kat Malaysia ni,ada lagi raja-raja walaupun bukan sebangai pemerintah lagi..

tu gambar Mao Zedong, di pintu masuk Forbidden City..










Bagi aku,aku memamag seronok betul berjalan dalam Forbidden city ni..sekarang tempat ni dah jadi museum je..walaupun senibina asal adalah 500 tahun dahulu,kerajaan china terus memulihara da memelihar kawasan istana ni..aku dapat la tengok senibina bangunan china yang dulu-dulu..tapi aku rasa macam ada sikit persamaan dengan istana-istana kat seoul yang aku pergi dulu...dari segi ukiran dan pilihan-pilihan warna kat corak-corak bangunan tu...mm..mesti ada kisah disebaliknya..hmmm...kena buat kajian ni..heheh *macam la rajin sangat*






Lepas dah penat berjalan dalam kesesakan..kitorang naik bas ke tempat makan…aduhai,perut aku memang dah lapar sangat masa tu…biasala tengah preggy ni,kejap-kejap aku lapar..hee tp risau jugak aku,takut-takut lauk ntah pape dia bagi..kang tak boleh telan,naya aku..nasib lauk pauk yang di hidangkan boleh la..kena la dengan tekak aku..tapi,mostly lauk mesti letak macam soya sauce ke sos tiram ke,camtu la…hari pertama makan macam ni,okey lagi..masuk hari ke-empat..payau dah aku rasa..nak sambal tumisss pleasee...
Lepas makan,kitorang g Masjid pulak..tapi aku dah lupa nama masjid tu…hee Bolehlah jamak Zohor ngan Asar sekali…Masjid dia sangat bersih dan selesa..


kedai makan yang halal akan berwarna hijau macam dlm gambar ni..




mamat bangla ni memula ada kat kedai makan tu,lepas tu dia cepat-cepat kayuh g masjid ni pulak..
dan akhirnya kitorang pun beli la jugak..hee

Kemudian, kitorang pun menuju ke tempat lawatan seterusnya..Dr.Tea House..ini salah satu Gov. Shop’ yang wajib kitorang pergi walapun kita taknak pergi…WAJIB okey..Gov.Shop ni,diorang akan promote kan barang-barang buatan china la...kerajaan china memang dah wajibkan,semua pelancong yang datang ke Beijing ikut tour,kena g tempat-tempat ni..melainkan yang datang sendiri tak ikut tour…baru leh bebas,takyah g kedai-kedai gov. tu sume..

Kat Dr.Tea ni,diorang tunjukkan cara –cara minum teh dengan betul…tapi ikut cara cina la..ada yang kena berdehem la lepas minum,ada yang kena buat bunyi slurpppp kuat-kuat masa minum la..haaaa..macam-macam…kalau kita orang melayu,minum jela macam biasa..lepas dah habis demostrasi..Bermulalah acara jual menjual..ni part yang paling malas nak layan kan…hee sebab kalau tak beli,mula la diorang muka diorang muncung..tapi yang kat Dr.tea ni..ok lagi,tak paksa-paksa..nanti aku cerita tempat lain..siap paksa kitorang beli..siot betul..







Jadi dalam group aku yang 10 orang ni,ada la kawan mak aku,Cik Shida..dia memang minum Chinese tea..so dia pun beli…banyak jugak dia beli..4 kotak kot...yang lain-lain senyum....selamatttt..takyah keluar duit..hahah ayah aku cakap,teh boh lagi sedap kot…heee

Bersambung...